PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Program Pensiswazahan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah,sekolah rendah/menengah/bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Maklumat lengkap berhubung program ini boleh dilayari di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http//www.moe.gov.my

Semua permohonan, sokongan dan pengesahan ketua jabatan hendaklah dibuat secara talian. Sila buat permohonan sebelum 31.12.2010

Sekian, terima kasih.