JAWATANKUASA KERJA NILAM DAN PELAKSANAAN PROGRAM NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM) SEKOLAH RENDAH

Jawatankuasa Kerja Program Nilam
Pengerusi: LHN
T.PENGERUSI: FKC
N.PENGERUSI: CSK,MMF
SETIAUSAHA: LMC
GURU NILAM : GAL(KETUA), CSN, TPS
GURU MATAPELAJARAN/GURU KELAS : QSF,SMK,WYS,WKS,NOR,NBK.

(Sila rujuk senarai tugas tercatat di bawah dan juga yang tercatat dalam carta organisasi PSS)


1. Pengenalan
NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan peringkat kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca.












2. Objektif

2.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader).

2.2 Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar

2.3 Melahirkan/mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.

2.4 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.

2.5 Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.

2.6 Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.

2.7 Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.





























3. Matlamat

Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup.

4. Tempoh Pelaksanaan

4.1 Julai hingga September (Tahun 1).

4.2 Jan hingga September
- Sekolah Rendah (Tahun 2, 3, 4, 5, 6)
- Sekolah Menengah (Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3, 4, 5)

4.3 Mei dan Oktober
- Penghantaran Data Nilam Ke Pusat Kegiatan Guru
* Data yang diisi adalah daripada Perisian e-NILAM

5. Sasaran

Program NILAM mula dilaksanakan secara berperingkat kepada pelajar mulai tahun 1999. Mulai Tahun 2003, semua pelajar di Sekolah Rendah adalah wajib menyertai program NILAM.

6. Tenaga Pelaksana
Guru Perpustakaan Dan Guru Mata Pelajaran

7. Bahan Bacaan

Tahap Jauhari :
Buku (termasuk Fiksyen dan Bukan Fiksyen

Tahap Rakan Pembaca:
1. Buku
2. Majalah
3. Akhbar
4. Bahan Internet
5. Jurnal
6. Risalah


8. Kaedah Pelaksanaan NILAM Peringkat Sekolah

  1. Penubuhan Jawatankuasa Program NILAM Sekolah
  2. Taklimat NILAM kepada Guru Dan Pelajar
  3. Majlis Pelancaran NILAM
  4. Pelajar mesti membaca
  5. Guru mesti mengesahkan rekod bacaan pelajar
  6. Jawatankuasa Program NILAM peringkat sekolah membuat penilaian

Laporan di dalam Borang NILAM dilengkapkan (Hantar ke PKG pada bulan Mei dan Oktober)

9. Sumber Bacaan

9.1 Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah
9.2 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
9.3 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Cawangan/Daerah 9.4 Perpustakaan Bergerak
9.5 Perpustakaan Desa
9.6 Perpustakaan Masjid
9.7 Perpustakaan FELDA
9.8 Perpustakaan Persendirian
9.9 Bahan dari rakan
9.10 Bahan Koleksi Sendiri
9.11 Kedai Buku


10. Status Perancangan Tahun
Jan – Feb
a. Pengedaran Buku Rekod NILAM ke sekolah-sekolah oleh BTPN
b. Taklimat semua sekolah mengikut PKG

Jan – Feb
a. Pembentukan Jawatankuasa NILAM Sekolah
b. Taklimat Program NILAM kepada Guru dan Pelajar Di Sekolah
c. Majlis Pelancaran program NILAM Di Sekolah

Feb – Sept
Program NILAM bermula di sekolah
Untuk Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6

April
Pemantauan pertama oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG ke sekolah-sekolah

Mei
Laporan NILAM bulan Feb-Mei dihantar ke PKG

Julai
Program NILAM Tahun 1 bermula

Ogos
Pemantauan kali ke 2 oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG ke sekolah-sekolah ahli

September
a) Borang NILAM 2011 dipenuhkan dan dikembalikan ke BTPN.
b) Rekod Program NILAM peringkat sekolah dikemaskini.


Oktober
a) Penilaian Jawatankuasa NILAM sekolah
b) Penghantaran Laporan NILAM Jun-Sept ke PKG
c) Anugerah NILAM peringkat sekolah.

November
Anugerah NILAM peringkat Daerah

Disember
Laporan siap untuk diperbanyakkan dan sedia diedarkan ke sekolah-sekolah pada Januari tahun berikutnya.


11. Bidang Tugas BTPN / Pegawai Teknologi Pendidikan PKG
11.1 Memahami dasar dan matlamat program.
11.2 Memberi taklimat kepada Guru Media/ Guru NILAM
11.3 Memastikan perlaksanaan program NILAM berjalan lancar melalui :
i) Perjumpaan dengan Guru Perpustakaan dan Guru Panitia Bahasa.
ii) Pemantauan
iii) Laporan pelaksanaan.

11.4 Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program serta mengambil tindakan susulan.

11.5 Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong program NILAM.

11.6 Memastikan program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.

11.7 Membuat Laporan Berkala di dalam borang Program NILAM kepada BTPN pada bulan April dan Ogos selepas satu minggu pemantauan dibuat.

11.8 Menyediakan ‘pengkalan data” dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan program NILAM.

11.9 Membuat Analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul sekolah ahli.

11.10 Membantu pihak sekolah dalam merancang dan menyelaras aktiviti program NILAM yang boleh menjurus kearah meningkatkan pembacaan berkualiti.


PERANAN AHLI JAWATANKUASA

A. PENGERUSI – PENGETUA / GURU BESAR

1. Mempengerusikan setiap mesyuarat JK Program NILAM.
2. Memahami dasar dan maklumat program.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar melalui :
i) Penyeliaan
ii) Perjumpaan dengan guru
iii) Temubual murid dan ibu bapa secara informal.
iv) Laporan pelaksanaan.
5. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai.
8. Melantik ahli panel untuk ditentukan pelajar yang layak untuk diberi pengiktirafan di peringkat sekolah.
9. Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.

B. TIMBALAN PENGERUSI - GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

1. Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
2 Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Program NILAM.
3. Membantu pengerusi untuk menjayakan program NILAM
4. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.
5. Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong program NILAM.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan program NILAM.
7. Membantu pengerusi melantik ahli panel untuk tentukan pelajar yang layak untuk diberi pengiktirafan di peringkat sekolah.
8. Menyediakan pengurusan kewangan program NILAM.


C. NAIB PENGERUSI – GPK HEM, GPK KO-KU, PENYELIA PETANG

Menjalankan tugas pengerusi dan timbalan pengerusi semasa ketiadaannya.

D. SETIAUSAHA – GURU MEDIA

1. Berperanan sebagai setiausaha dalam Jawatankuasa Induk “Program NILAM Sekolah”
2. Memastikan pelaksanaan program NILAM berjalan lancar di sekolah.
3. Menyampaikan segala maklumat dan keperluan NILAM kepada Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
4. Menyediakan Data dan Maklumat induk pinjaman NILAM.
5. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat Program NILAM.
6. Menyediakan Jadual Pelaksanaan NILAM.
7. Mengetuai Majlis Taklimat dan Jawatankuasa Pelancaran Program NILAM.
8. Mengetuai Panel Penilaian untuk Anugerah Program NIlam Sekolah.
9. Menguruskan bajet untuk program NILAM Sekolah.


E. GURU PERPUSTAKAAN

1. Membantu GPM dalam menyediakan bahan bacaan yang cukup dengan jumlah pelajar.
2. Membantu GPM melaksanakan Program Galakan Membaca.
3. Membantu GPM Menyediakan Data dan Maklumat pinjaman NILAM.
4. Sebagai pembantu Dalam Majlis Pelancaran NILAM.
5. Membantu GPM Dalam Majlis Anugerah NILAM.

F. GURU NILAM( I,II,III)

1. Mewujudkan Fail Program NILAM.
2. Membantu GPM Menganalisis dan Masukkan data Program NILAM kumpulan masing-masing di bawah seliaannya.
3. Membantu menyediakan laporan kumpulan kecil berkaitan NILAM kepada Guru Media.
5. Menjadi Urus Setia Majlis Anugerah NILAM Sekolah.
6. Menggerakkan program galakan bagi Program NILAM.
8. Mengagihkan murid kepada guru-guru untuk Program NILAM.

G. GURU MATA PELAJARAN DAN GURU KELAS

1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
2. Menandatangani buku rekod NILAM murid di bawah jagaan mereka.
3. Menggalak dan membimbing murid di bawah jagaan untuk aktif dalam Program NILAM.
4. Melaporkan kemajuan dan analisis program NILAM murid di bawah jagaan kepada Guru NILAM.


TAHAP PERTAMA

JAUHARI
SEKOLAH RENDAH

Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca

* Murid Tahun 1 hanya mula mengikuti Program ini pada bulan Julai – September 2011.

* Murid Tahun 2 hingga 6 mengikuti Program ini mulai Jan – Sept 2011.

* Catatkan di dalam Buku Rekod Bacaan NILAM Sekolah Rendah.


TAHAP KEDUA

RAKAN PEMBACA
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

* Pelajar layak memasuki tahap kedua ini setelah membaca paling minimum ialah 100 buah buku.

* Guru pembimbing Rakan Pembaca akan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :
- bercerita
- membaca bersama
- bicara buku
- meminjamkan buku

* Setiap aktiviti akan diberi markah seperti berikut :
- bercerita : 1 sesi X jumlah pelajar
- membaca bersama : 1 sesi X jumlah pembaca
- bicara buku : 1 sesi X jumlah pendengar
- meminjamkan buku : 1 sesi X jumlah bilangan peminjam

* Pemarkahan hendaklah dicatatkan di dalam Kad Rakan Pembaca.

* Pelajar yang telah memasuki Tahap Rakan Pembaca hendaklah meneruskan pembacaan dalam Tahap Jauhari serta mencatatkan ke dalam Buku Rekod Membaca Program NILAM.