Penerapan budaya yang baik ke arah sekolah gemilang

Penerapan budaya yang baik ke arah sekolah gemilang

- perlu sokongan yang kuat daripada kalangan guru

- kerja sebagai pasukan untuk menjayakan program penerapan budaya
yang baik, program-program akan gagal jika tanpa sokongan guru.
- tanggungjawab kita semua
- anggap satu hasrat yang mulia
- anggap sebagai tugas profesion kita.
- perlu tindakan yang tegas dan selaras daripada semua guru.
- perlu mengambil tindakan mengikut perintah am dan pekeliling.

Budaya Guru Pendamping
Visi : Pembelajaran Seimbang melahirkan Pelajar Gemilang
Suasana Kondusif merangsang Minda Cemerlang.
Objektif : 1. Mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2. Mewujudkan suasana kelas yang kondusif bagi menarik minat belajar
3. Mendorong murid mempunyai kesedaran belajar
4. Melahirkan 'pendemokrasian pendidikan' yang menjurus kepada perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek murid.
5. Membantu kawalan disiplin dalam dan di luar kelas

Budaya Kerjasama, Kerja Sama-sama
Visi : Bekerjasama, Kerja Sama-sama.

Objektif : 1 Guru Beridentiti dan Pelajar Berkualiti
2. Bersama menjaga Keselamatan, Kebersihan, keindahan Alam Sekitar Sekolah Kita.
3. Warga Sekolah Berkepercayaan dan Menyedari Bahawa Kecemerlangan Sekolah Bukan Satu
kebetulan tetapi adalah satu usaha yang bersama

Budaya Tunduk dan memberi Salam
Visi : Adat dijunjung Budi pekerti disanjung
Objektif : 1. Melahirkan murid yang berbudi pekerti mulia.
2. membimbing murid cara beradab sopan sesama insan.
3. Menggalakkan sikap saling, menghormati antara satu sama lain.
4. menghormati orang yang lebih tua.
5. Menggalakkan amalan memberi dan membalas salam dalam kehidupan.
Budaya Beratur
Visi : Disiplin Tunggak Kejayaan
Objektif : 1. Melahirkan murid yang berdisiplin
2. Melatih murid melaksanakan sesuatu tugas dengan sistematik
3. Mengelakkan kemalangan dan sebarang kejadian yang tidak diingin.

Budaya Senyap Dalam Kelas
Visi: Suasana Tenang Merangsang Pembelajaran Berkesan.
Objektif : 1. Melatih murid mengawal diri ketika berada di dalam bilik darjah
2. Memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa bilik darjah adalah tempat menimba ilmu.
3. Mengelakkan murid membuat bising semasa pertukaran guru antara mata pelajaran.
4. mengelakkan sebarang pergaduhan atau kemalangan.

Budaya Membaca
Visi : "Membaca Jambatan Ilmu " dan " Banyak Membaca Luas Pengetahuan."
Objektif : 1. Dapat melahirkan pelajar yang suka membaca
2. Menggalakkan pelajar menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
3. Melahirkan pelajar yang mampu menjana idea yang bernas.
4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif bagi semua pelajar di sekolah ini.

Budaya Sifar Sampah
Visi : Kebersihan Asas "Sifat Murni "
Objektif : 1. meningkatkan amalan kebersihan di kalangan pelajar
2. mendidik pelajar cara yang betul membuang sampah
3. Menanam sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan sekolah.
4. Mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah berada di tahap optimum.