Konsep Pengurusan Kurikulum

Program ini akan dapat membantu tahap prestasi keputusan keseluruhan UPSR 2012 ke tahap paling maksima bagi setiap tahun. Dengan harapan agar semua calon akan lulus dalam semua matapelajaran ujian. Bagitu juga dengan pencapaian kecemerlangan 7A dan 6A akan terus meningkat dari setahun ke setahun.
Dengan adanya program ini juga akan memberi semangat baru dan kekuatan kepada semua guru dan panitia matapelajaran masing-masing bermula dari Tahap 1 hingga ke Tahap 2 untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan prestasi pencapaian yang cemerlang dalam semua matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah dan akhirnya sekolah ini tergolong dalam kategori sekolah prestasi CEMERLANG di akhir 2015.


Matlamat Pengurusan Kurikulum
Supaya semua pihak yang terlibat dengan Perancangan Pembangunan Lima Tahun Pendidikan atau CEMERLANG 2015 dapat memberi perhatian dan tindakan positif dalam semua tugasan harian oleh guru kepada semua pelajar terutama pelajar di dalam bilik darjah khususnya pelajar yang galus dapat mencapai target dan harapan sekolah untuk menjadi CEMERLANG sebagaimana yang diidamkan oleh seluruh warga SJKC JERLUN , PIBG dan masyarakat setempat.



Objektif Kecemerlangan Kurikulum
Untuk mencapai target kelulusan dan kecemerlangan UPSR bagi setiap tahun hingga 2015.
  • Untuk menambahkan jumlah bilangan pelajar UPSR yang cemerlang serta lulus dalam semua matapelajaran dari semasa ke semasa.
  • Untuk mengurangkan bilangan pelajar yang gagal dalam semua matapelajaran.
  • Untuk meningkatkan tahap keilmuan, kepakaran dan kebolehan dalam bidang masing-masing bagi menjayakan program sekolah..
  • Untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



    Strategi Am Kurikulum
  • Merancang mesyuarat panitia dengan berkesan.
  • Menyediakan sukatan, huraian sukatan pelajaran dan rancangan tahunan.
  • Mengagihkan guru kelas dan matapelajaran mengikut kepakaran guru.
  • Menentukan buku-buku rujukan dan kerja yang sesuai.
  • Menentu dan menyediakan BBM yang sesuai.
  • Merancang penyediaan soalan mengikut aras kognitif.
  • Merancang kaedah pemeriksaan ujian.
  • Mengadakan program peningkatan prestasi pelajar.
  • Menyemak dan memeriksa buku latihan dan kerja murid dengan betul dan teliti.
  • Membuat kajian tindakan dan analisa keputusan semua ujian bulanan.
  • Mengadakan kursus dalaman dan menghadiri kursus luaran anjuran jabatan.
  • Membuat perancangan aktiviti ko-akademik yang boleh membantu peningkatan bidang akademik.