Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu /Pembelajaran Penyayang

Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu /
Pembelajaran Penyayang

Pengenalan

Program ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 1 menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah atau tadika ke pendidikan formal di Tahun 1 sekolah rendah.
Program ini juga memastikan agar semua murid Tahun 1 yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosiaekonomi yang berbeza akan memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 melalui tahap pencapaian yang hamper sama.Keadaan ini sangat diperlukan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru Tahun 1 dapat berjalan dengan lancar dan diikuti oleh murid tersebut dalam keadaan yang gembira.

Tujuan

 Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawam yang baru dalam masa yang singkat.
 Guru dapat menyelaraskan keperluan murid seperti kognitif, emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.
 Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang dan meneruskan proses pembelajaran tanpa menimbulkan banyak masalah di sekolah.


Rasional

Murid yang masuk ke Tahun 1 datangnya dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Keadaan ini menimbulkan banyak perbezaan di kalangan mereka yang boleh memberi kesan yang berterusan. Antara perbezaan tersebut ialah:

Perbezaan umur antara murid Tahun 1
 Perbezaan 11 bulan
 Kebolehan memberi perhatian dan tubuh mereka yang cepat letih menyebabkan mereka selalu ingin bergerak.

Kesediaan untuk belajar
 Perbezaan pengalaman prasekolah, perkembangan fizikal dan umur yang berbeza turut memberi kesan kesediaan murid untuk terus belajar.

Pengetahuan dan kelebihan
 Perbezaan kecekapan sosio-emosi dan perkembangan psikologi yang berbeza di kalangan murid-murid seperti ada murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan ada yang datang dengan perasaan takut,bimbang dan rasa tidak selamat akan memberi kesan pada pembelajaran mereka.


Objektif

1. Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
2. Selepas tiga bulan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara murid bagi membolehkan guru merialisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal.
3. Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak-kanak.
4. Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan tingkah laku murid.
5. Mengamalkan teknik pemudahcaraan yang berkesan dan penekanan konsep pembelajaran penyayang secara berterusan.



Jawatankuasa Induk Program Transisi

Penasihat: En. Low Hong Neng
Pengerusi:Pn Ching Siew Kim
Naib Pengerusi:Pn. Fong Kwai Chan,Pn. Mok Mei Fang
Setiausaha:Pn. Goh Ai Ling ( Penyelaras Thn. 1 )
AJK : Pn. Goh Geaik Yeong Pn See Mei Kaun Cik Quah Siew Fong

Jawatankuasa Pelaksana Program Transisi
Penasihat: En. Low Hong Neng
Pengerusi:Pn Ching Siew Kim
Naib Pengerusi:Pn. Fong Kwai Chan,Pn. Mok Mei Fang
Setiausaha:Pn. Goh Ai Ling ( Penyelaras Thn. 1 )
AJK Tugas Khas : Pn. Goh Geaik Yeong Pn See Mei Kaun Cik Quah Siew Fong
AJK: Semua Guru

PELAN TINDAKAN
1 Guru besar memilih guru Tahun 1 yang sesuai/ Menemubual guru yang layak
2 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Program Transisi/ Pembelajaran / penyayang
3 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana
4 Merancang aktiviti Program Transisi / Penyayang oleh Jawatankuasa Induk


Aktiviti Orientasi
5 Perkembangan Staf Di sekolah untuk Pentadbiran dan semua guru yang telah menghadiri kursus.

6 Proses Penyediaan Fizikal Program
1. Bilik darjah yang sesuai dan kondusif
2. Ruang / sudut / dinding yang berbahan
3. Keceriaan bilik darjah / hiasan

7 Majlis Suai Kenal / Hari Orientasi
1. Pendaftaran Murid Tahun 1
2. Kutipan Yuran / Serahan Rekod Perkembangan
3. Taklimat Pihak Pengurusan / Pentadbir kepada ibubapa / AJK PIBG
4. Majlis Suai Kenal Murid-murid Tahun 1

8 Program Transisi / Penyayang Minggu Pertama
1. Dinamika Kumpulan
2. Pemupukan Kumpulan
3. Pengukuhan sosialisasi
4. Pergerakan motor halus
5. Main sambil belajar
6. Motivasi diri
7. Pemupukan budaya Penyayang
8. Pemupukan nilai-nilai / amalan


9 Program Minggu Kedua
1. Pemupukan Kumpulan
2. Pergerakan motor kasar
3. Motivasi
4. Pembentukan tingkahlaku
5. Main sambil belajar



10 Program Minggu Ketiga
1. P & P melalui pendekatan tematik, bersepadu & bermain dalam kumpulan
2. Membaca, menulis, berwarna untuk perkembangan kognitif & bahasa, psikomotor, fizikal dan sosia emosi



11 Penilaian
1. Menubuhkan panel penilaian ( GB dan PK )
2. Memantau pelaksanaan program
3. Menilai secara berterusan / instrument penilaian / PPK
4. Laporan / maklumbalas ke PPD