Maklumat Terkini 2

Operasi Pertukaran GB/PK Dalam Daerah : 16.12.2010 ( 4 buah SJKC, 25 buah SK, 3 buah SJKT terlibat )

Operasi Pertukaran GURU Dalam Daerah Yang Mengajar lebih 10 tahun di sekolah : 1.1.2011 ( Tunggu Surat - sekolah belum tahu )

Kelayakan Guru : 14
Kemungkinan 1 guru akan ditukar.

GGY cuti bersalin 3 bulan mulai Jan 2011, 1 Guru yang sedia ada akan ke PRA Sekolah selama 3 bulan.( Guru Ganti tidak dibenarkan mengajar PRA sekolah.)

Bilangan Waktu Mengajar tidak dapat mengikut wajaran Tugas. ( Contoh PK-PK/GURU-PSS/Data/ICT/SPBT)
Sebab:-
Bilangan Waktu mengajar yang sepatutnya perlu diadakan = 296.
Bilangan Waktu yang sepatutnya diberi kepada guru mengikut Wajaran Tugas = 255.
Yang Selebihnya 41 waktu diberi kepada siapa?
Terimalah hakikat ini.
Oleh itu, kerja Tugas Khas perlu diagihkan kepada semua guru. Inipun berdasarkan kepada guru yang sedia ada iaitu 15 orang.

Apa akan terjadi sekiranya hanya ada 14 orang guru untuk sekolah kita.
Maka SMK akan menjadi guru kelas.

Apa akan terjadi sekiranya kita dapat arahan pihak atasan perlu ikut wajaran yang sepatutnya?
Maka Guru Kelas dan guru M. Pelajaran terpaksa tambah waktu mengajar.

Adakah semua ini dikehendaki oleh saya atau warga sekolah? Tentunya tidak.

Untuk ketenteraman warga sekolah, kita terpaksa rancang ikut situasi sekolah dan agihkan tugas kita dan waktu mengajar kita. Oleh itu, berharap semua guru faham situasi yang sebenar ini.


Untuk menyelesaikan masalah ini dan kurangkan beban tugas, sebilangan tugas khas diagihkan kepada kalangan guru. Dengan ini, saya berharap semaikanlah budaya bekerja sebagai pasukan, kerjalah bersama-sama, sama-sama kerja.

Harap juga kita dapat bekerja sebagai pasukan dan bukan atas kepentingan peribadi sahaja.

Elakkan tanggapkan semua kerja itu harus dilaksanakan oleh seseorang ketua sahaja, pikullah beban tugas bersama, anggaplah ia adalah tanggungjawab bersama, kerana ini akan meringankan tekanan seseorang apabila beliau diberi tugas sebagai ketua.

Elakakan juga tanggapan bahawa orang lain patut diberi tugas khas sahaja kecuali diri sendiri. Semoga disamping kita menjaga kepentingan individu, kepentingan perkhidmatan dan Organisasi perlu juga dijaga bersama.

Kebimbangan atas analisis keputusan PKSR Bulan Oktober 2010 yang lemah juga menyumbang ke arah keputusan rombakan ini. Sikap pelajar yang kurang berusaha dan pasif perlu dipupuk, teknik cara mereka belajar juga kurang merangsangkan. Oleh itu cara lama sudah tidak boleh dipakai. Kalau tidak buat perubahan, akibatnya buruk. Imej guru, imej sekolah akan terjejas. Keadaan sekolah kita pada masa ini memperlihatkan kepada kita bahawa perubahan perlu diambil segera tanpa tertangguh-tangguh.

Untuk maju ke depan, elakkan daripada merasa selesa dalam keadaan ikut cara lama, terimalah perubahan demi kejayaan masa depan walaupun akan rasa kurang selesa. Pelbagai program yang dilaksanakan pada tahun-tahun lepas juga perlu dibuat pernambahbaikkan agar akan nampak kesan yang merangsangkan ke atas P & P yang berkesan dan menggalakkan.

Semoga Semua Guru boleh terima rombakan tahun 2011 demi kemajuan dan pencapaian kecemerlangan yang boleh dibanggakan. Rombakan ini adalah berdasarkan tugas dipikul bersama-sama. Ahli-ahli jawatan kuasa perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dan sedia membantu kepada ketua-ketua Unit atau Ketua Penyelaras. Dengan agihan tugas yang dipikul bersama, berharap rombakan ini tidak akan memberi tekanan kepada semua guru.

Usaha ini adalah berniat baik atas kepentingan organisasi dan harap semua guru dapat memberi sokongan yang sepenuhnya.


Selamat Menyambut Tahun 2011.

Berkhidmat Untuk Negara.