ARAHAN TETAP GURU BESAR

ARAHAN TETAP GURU BESAR

Di bawah ini terdapat beberapa arahan penting mengenai beberapa perkara tertentu dalam bidang pentadbiran dan pengajaran. Diharap kita dapat sama-sama menghayati dengan tujuan jentera pentadbiran sekolah akan berjalan lancar , kemas dan licin.Diharapkan juga arahan ini sebagai asas kepada pelaksanaan program kecemerlangan sekolah dan NKRA yang mula dilaksanakan pada 2010.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

1.0 PERINTAH AM

Selaku kakitangan kerajaan ,guru-guru adalah tertakluk dengan arahan-arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Lantaran itu semua guru dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

2.0 KEDATANGAN

2.1 Waktu persekolahan biasa ialah seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat dari jam 7.15 pagi hingga 1.10 petang
2.2 Guru-guru dikehendaki datang ke sekolah sepertimana yang ditetapkan di atas.
2.3 Guru dikehendaki menandatangani waktu kehadiran dan waktu pulang masing-masing dalam buku kehadiran yang disediakan di pejabat.
2.4 Jika sekiranya guru terpaksa datang lewat ataupun tidak dapat hadir , maka hendaklah diberitahu dengan memberi sebab yang wajar.
( seelok-eloknya guru menghubungi pihak sekolah memaklumkan perkara tersebut. )

3.0 KEBENARAN KELUAR

3.1 Mana-mana guru yang terpaksa meninggalkan sekolah seketika , hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dan merekodkannya.
3.2 Guru yang hendak meninggalkan negeri Perak pada masa cuti hendaklah mengisi borang khas yang tersedia ada di pejabat sekolah

4.0 CUTI
Guru-guru diminta meneliti kandungan arahan Perintah Am Bab ‘C’ dan juga beberapa siaran Guru Besar/ Jabatan / Kementerian Pendidikan mengenai cuti ini. Cuti Tanpa Rekod, Cuti Sambilan ,Cuti Tanpa Gaji/Separuh Gaji dll tertakluk kepada kelulusan Pengarah Pelajaran Perak .Semua pemohonan perlu dibuat dengan memenuhi Borang Pemohonan Cuti yang boleh diambil dari Pejabat Sekolah dan disediakan dua minggu sebelum tarikh cuti diminta kenyataan cuti sakit hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.

5.0 PAKAIAN

5.1 Guru-guru mestilah mematuhi kehendak surat Pekeliling Kementerian Pendidikan mengenai pakaian guru sekolah . Pakaian guru perlulah kemas dan sesuai. Guru lelaki juga dikehendaki mempunyai fesyen rambut yang sesuai .
5.2 Guru lelaki dan perempuan yang mengajar PJK hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata pelajaran tersebut.
6.0 PERHUBUNGAN ANTARA GURU

6.1 Guru-guru diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama mereka dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka.Juga diharapkan akan wujud perasaan ‘kekitaan’ di kalangan guru-guru.
6.2 Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan atau fahaman atau pendapat atau kepercayaan pada guru ataupun murid atau kakitangan sekolah yang lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk ‘clique’ yang berdasarkan kepada kaum,status soial,sosio ekonomi ,kelulusan dan sebagainya adalah tidak dikehendaki sama sekali di sekolah ini.

7.0 BILIK GURU

7.1 Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bilik guru.Semua guru secara otomatik tertakluk kepada jawatankuasa ini.
7.2 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tangungjawab semua guru untuk menjaganya. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapatdalam bilik guru.
7.3 Guru-guru hanya dibenarkan berada di bilik guru semasa mereka tidak mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara- perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.4 Guru tidak digalakkan membenarkan murid-murid berada di bilik guru bersendirian tanpa guru yang berkenaan.
7.5 Guru-guru yang sedang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman sekolah.
7.6 Orang yang terakhir keluar dari bilik guru,pastikan semua suis lampu, kipas,alat pendingin dimatikan.

8.0 INISIATIF GURU

8.1 Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan lagi.
8.2 Walaubagaimanapun guru-guru diminta merundingkan / membincangkan memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Guru Besar.
8.3 Guru-guru digalakkan supaya sentiasa mendekati pelajar.

9.0 MASALAH-MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

9.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan mereka boleh memberitahu mengenai sama ada kepada pegawai kerani yang berkenaan atau kepada Guru Besar.
9.2 Jika guru menghadapi masalah dalam bidang p & p mereka boleh memberitahunya samaada kepada Ketua Panatia , Penolong Kanan ataupun Guru Besar .
9.3 Guru- guru yang berpengalaman hendaklah membimbing guru yang kurang berpengalaman .


10.0 TUGAS

Guru –guru diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran , dan juga sukan dan permainan. Mereka hendaklah melaksanakan tugas –tugas tersebut dengan dedikasi , cekap ,bertanggungjawab serta sentiasa menunjukkan semangat dan minat yang sihat terhadap tugas –tugas tersebut .( sila lihat senarai tugas guru)

11.0 GURU KELAS

Sebahagian besar daripada guru –guru akan di lantik untuk menjadi Guru Kelas. Mereka dikehendaki menjalankan tugas –tugas seperti yang telah di tetapkan dan menjalankannya dengan baik dan berkesan . (sila lihat senarai tugas guru kelas )

12.0 GURU BERTUGAS HARIAN

12.1 Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut harian dalam tiap –tiap satu hari persekolahan terdapat dua atau lebih orang guru bertugas. Waktu bertugas dari 7.15 hingga tamat waktu persekolahan
12.2 Guru yang bertugas mestilah mengawas perhimpunan mingguan . Guru yang bertugas pada hari Jumaat hendaklah membuat laporan mingguan pada hari Isnin semasa perhimpunan .
12.3 Laporan –laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru Bertugas untuk makluman dan perhatian Guru Besar. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Pejabat pada hari berikutnya .
12.4 Mencatat dan bertanggungjawab menyediakan minit mesyuarat guru (jika ada).

13.0 BUKU REKOD MENGAJAR

13.1 Tiap –tiap guru akan diberi sebuah buku rekod mengajar dan mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut . Pekeliling dan arahan yang terdapat dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah diteliti dan dipatuhi dengan rapi . Semua kehendak buku itu perlulah disempurnakan dengan lengkap ,teliti , serta kemas mengikut masa yang di tetapkan .
13.2 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada Guru Besar pada tiap -tiap hari pagi Jumaat untuk disemak dan ditandatangani.
13.3 Jika seseorang guru bercuti , buku itu mestilah diserahkan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan terlebih dahulu untuk diserahkan kepada guru pengganti atau tindakan selanjutnya .

14.0 JADUAL WAKTU

14.1 Tiap-tiap orang guru akan diberikan satu salinan jadual waktu persendirian dan jadual waktu kelas untuk dilengkapkan dalam rekod.
14.2 Guru-guru kelas dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu kelas bersaiz kad manila untuk dipamerkan di kelas masing-masing.
14.3 Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.

15.0 BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID

15.1 Tiap-tiap orang guru kelas akan diberikan sebuah buku jadual kedatangan untuk kegunaan kelasnya.Ia bertanggungjawab untuk memenuhi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di bahagian dalam kulit hadapan.
15.2 Kedatangan murid hendaklah diambil oleh Guru Kelas sendiri,kecuali jika beliau tidak hadir pada hari itu. Dalam keadaan ini, timbalan Guru Besar akan meminta guru yang mengajar di waktu kedua untuk menandakan kedatangan.Maklumat mengenai kedatangan harian ini hendaklah dipenuhi dengan teliti.
15.3 Buku ini disimpan di tempat khas dalam pejabat dan hendaklah disimpan semula di tempat asalnya tidak lewat dari tamatnya waktu ketiga,untuk membolehkan pihak sekolah mengetahui bilangan murid yang hadir / tidak hadir pada hari yang berkenaan sebelum waktu rehat.Keselamatan buku ini semasa di dalam pegangan guru adalah tanggungjawab guru berkenaan.
15.4 Semua maklumat dalam jadual kedatangan hendaklah diisi dengan lengkap.Nombor resit bayaran hendaklah dicatat.
15.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut,surat makluman hendaklah dihantar kepada penjaga dua salinan mesti disediakan,satu salinan dihantar kepada Penolong Kanan HEM dan satu salinan dilekatkan di jadual kedatangan.
15.6 Dari masa kesemasa buku ini akan disemak oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Penyelaras Tingkatan atau guru yang telah ditugaskan oleh Guru Besar.

16.0 MENGHUKUM MURID

16.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid.Guru-guru dikehendaki menjaga tuturkata mereka terhadap murid-murid.Murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada pengetahuan Guru Besar / Guru Penolong Kanan HEM.

17.0 BUKU TEKS

17.1 Guru-Guru Buku Teks bersama dengan Guru Tingkatan hendaklah menguruskan Skim Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Semua jenis borang dan keperluan biasa hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang di tetapkan.

18.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

18.1 Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta -benda sekolah.Murid –murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja ataupun tidak hendaklah dibawa kepada pengetahuan pihak Pengurusan Sekolah untuk tindakan selanjutnya.
18.2 Guru Ketua Bidang berkenaan hendaklah memastikan ada peraturan mengenai penggunaan bilik- bilik tertentu eg.makmal Sains ,Makmal Bahasa ,Pusat Sumber Sekolah dan sebagainya.


19.0 KEBERSIHAN

19.1 Tiap orang guru mestilah menitikberatkan mengenai kebersihan dan adalah menjadi kewajipan bersama mengawas dan mengawasi kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid – murid di kelas masing –masing hendaklah disediakan oleh guru Tingkatan.
19.2 Alatan kebersihan darjah perlulah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
19.3 Ketua Bidang dan lain – lain guru yang mempunyai bilik khas / tempat khas seperti makmal , bengkel , setor sukan ,bilik kerjaya dan sebagainya adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik -bilik tersebut .
19.4 Buku Laporan kebersihan yang disediakan hendaklah dicatatkan sebagai panduan untuk penambahbaikan selanjutnya.

20.0 KUTIPAN YURAN

20.1 Yuran yang dikutip untuk tahun 2005 adalah seperti yang telah ditetapkan.
20.2 Guru-guru tingkatan akan diberi surat kuasa untuk mengutip yuran tersebut.
20.3 Guru-guru tingkatan hendaklah mempastikan resit-resit dikeluarkan keoada murid-murid yang membayar yuran.
20.4 Semua wang yang dikutip hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru tingkatan hendaklah mempastikan mereka diberi resit oleh pihak sekolah apabila membuat serahan wang dan menyimpan resit tersebut .
20.5 Guru-guru Tingkatan adalah dilarang sama sekali dari mengutip sebarang bentuk yuran / bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan daripada Guru Besar.

21.0 SURAT MENYURAT

21.1 Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan .

22.0 SURAT-MENYURAT YANG DITERIMA

22.1 Ada surat-surat yang diterima oleh sekolah yang terpaksa diedarkan pada guru-guru yang berkenaan untuk diambil tindakan. Guru-guru ini hendaklah mengambil tindakan yang segera terhadap surat-surat tersebut.
22.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru yang berkenaan dengan ‘melalui dan salinan’ kepada Guru Besar,guru bolehlah menyimpan surat itu dalam fail yang ada dengannya,setelah mengambil tindakan mengenainya.
22.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar
mengedar surat tersebut untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:
22.3.1 Mengambil fail berkenaan di pejabat,jika fail tiada di dalam
simpanannya.
22.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan berkaitan dengan surat itu.
22.3.3 Mengembalikan semula fail yang telah diambil untuk diambil
tindakan berkaitan dengan surat tersebut ke pejabat.
22.4 Segala surat rasmi dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya ditandatangani oleh Guru Besar sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti atau berada diluar sekolah/negeri, maka surat tersebut akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan bagi pihak Guru Besar.

23.0 PELAWAT

Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa urusan dengan pihak sekolah.Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual-jurujual dari mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

24.0 MEMBELI BARANG

24.1 Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang, hendak menlengkapkan boring yang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat.Borang ini kemudiannya ditandatangani oleh Pegetua sebagai tanda persetujuannya untuk membeli barang tersebut.Borang ini hendaklah diserahkan ke pejabat untuk tindakan selanjutnya.
24.2 Jika barang yang berkenaan dikehendaki dengan kadar yang segera,guru boleh memberitahu mengenainya kepada Guru Besar dan kebenaran akan diberi supaya guru tersebut boleh membeli barang yang dikehendaki samaada secara ‘cash’ ataupun dibilkan ke sekolah.
24.3 Sebelum membuat belian sesuatu barang yang ‘berharga’ bolehlah membuat sebutharga sepertimana dalam peraturan kewangan untuk dipertimbangkan oleh Guru Besar.

25.0 PERPUSTAKAAN

25.1 Disebabkan oleh perpustakaan sekolah ini adalah kecil guru-guru hendaklah mempastikan terlebih dahulu bahawa tempat duduk adalah mencukupi sebelum membenarkan muridnya ke perpustakaan
25.2 Jika dalam perpustakaan sudah ada murid daripada kelas lain maka kelas kedua tidak lagi dibenarkanmasuk ke perpustakaan
25.3 Guru hendaklah mengisi borang tempahan untuk menggunakan perpustakaan pada waktu persekolahan .
25.4 Murid –murid tidak di benarkan masuk ke perpustakaan tanpa di iringi oleh guru yang berkenaan .

26.0 PENGGUNAAN BILIK KOMPUTER / MAKMAL KOMPUTER .

26.1 Guru yang ingin menggunakan bilik computer haruslah mendapat kebenaran daripada penyelaras dan selepas menggunakan hendaklah kembalikan semula kunci yang di ambil daripada penyelaras
26.2 Pada waktu persekolahan pelajar tidak di benarkan masuk tanpa di iringi oleh guru.
26.3 Pelajar tidak di benarkan membawa peralatan lain selain daripada yang dibenarkan.
26.4 Semua pengguna bilik ini tidak dibenarkan membawa makanan dan makan di dalamnya .



27.0 PENGGUNAAN MESIN RISO / MESIN POTOSTAT

27.1 Guru–guru yang ingin menggunakan kemudahan tersebut hendaklah mendapat kebenaran pihak penyurusan dan mengisi borang kebenaran yang di sediakan.
27.2 Permohonan tersebut hendaklah dibuat tidak lewat 24 jam.

28.0 PENGGUNAAN TELEFON

28.1 Penggunaan telefon sekolah hendaklah untuk urusan rasmi sahaja.
28.2 Semua panggilan telefon hendaklah melalui telefonis dan mestilah direkodkan.

29.0 KEGIATAN KOKURIKILUM

29.1 Semua guru akan di tugaskan untuk menjadi penasihat /guru penjaga dan sebagainya untuk kegiatan kokurikulum di sekolah ini tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur keselamatan murid semasa aktiviti kokurikulum adalah di bawah tanggungjawab guru yang bertugas.

30.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH

30.1 Perhimpunan akan diadakan pada setiap hari Ahad iaitu pada jam 7.30 pagi di dataran sekolah.
30.2 Semua guru diwajibkan menghadirinya dengan pakaian yang lengkap. Guru akan menyanyi bersama-sama dengan murid lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.
30.3 Perhimpunan pagi di atas dataran sekolah akan di adakan pada setiap hari kecuali hari Ahad mulai jam 7.30 pagi,guru bertugas diminta mengendalikanya bersama-sama pengawas sekolah.
30.4 Pengumuman penting hendaklah dihebahkan semasa perhimpunan pagi di samping membuat pemeriksaan mengejut ke atas pelajar yang tidak memakai pakaian lengkap dan kemas.
30.5 Semasa perhimpunan pagi,ketua-ketua tingkatan merekodkan kehadiran pelajar bagi kelas masing-masing dengan diseliai oleh guru bertugas harian.
30.6 Dalam setiap perhimpunan acara menyanyi Lagu Negaraku,Negeri Dan Lagu Sekolah bersama-sama dengan upacara menaikkan bendera hendaklah dijalankan oleh pengawas dan guru bertugas.

31.0 MESYUARAT GURU

Dari masa ke semasa, Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan.

32.0 MESYUARAT JAWATAN KUASA

32.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang terdapat di sekolah ini. Mereka hendaklahlah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.
32.2 Guru yang telah dilantik untuk menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa, hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Guru Besar dengan kadar yang segera.
32.3 Fail yang lengkap mengenai jawatankuasa yang dianggotai hendaklah diwujudkan sebagai rujukan semak.

33.0 KEAHLIAN KELAB GURU DAN PIBG

Semua guru adalah otomatis menjadi ahli kepada kelab guru dan juga PIBG Sekolah Menengah Rasau Kerteh B5, Kerteh, Kemaman.

34.0 LATIHAN KEBAKARAN

Arahan Khas Guru Besar mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti. Latihan-latihan kebakaran akan diadakan pada bila-bila masa hari persekolahan. Guru dan murid sentiasa bersedia dan mematuhi semua arahan yang terkandung dalam surat arahan tersebut. Guru-guru tingkatan dikehendaki menerangkan arahan ini kepada murid mereka masing-masing.

35.0 LAWATAN SAMBIL BELAJAR

35.1 Guru-guru digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah murid-murid. Walaubagaimanapun, ia harus dibingcangkan terlebih dahulu dengan Guru Besar dan persetujuan darinya hendaklah diperolehi. Selepas itu ssegala prosedur mengenainya, seperti mendapatkan surat kebenaran dari ibubapa/penjaga hendaklah diuruskan terlebih dahulu. Segala surat menyurat mengenainya hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar.
35.2 Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan yang melibatkan murid-murid sekolah, ataupun menggunakan nama sekolah tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa pengetahuan Guru Besar dan juga tanpa mengikuti prosedur-prosedur yang telah ditetepkan.
35.3 Kebenaran bagi menggunakan bas sekolah hendaklah diperolehi dari Guru Besar dan guru yang bertanggungjawab mengenainya.
35.4 Semasa lawatan dijalankan, guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi dan mengawal selia murid-muri mereka dengan baik.
35.5 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyedaikan laporan bertulis dan serahkan kepada Guru Besar.
35.6 Guru-guru Pasukan Beruniform yang ingin membawa ahlinya berkhemah, hendaklah terlebih dahulu membincangkannya dengan Guru Besar.

36.0 MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH

36.1 Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu di luar kawasan sekolah,hendaklah menguruskan segala urusan mengenainya.
36.2 Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut,prosedur yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi.Guru hendaklah mengawasi dan mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka.




37.0 FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH

Semua guru dikehendaki menbaca ,memahami serta menghayati falsafah,matlamat dan objektif sekolah.Oleh itu mereka hendaklah sama-sama berusaha gigih demi membolehkan matlamat dan objektif dapat dicapai dan dihayati dan bermakna.

38.0 BUKU STOK

Mana-mana mata pelajaran dan bahagian yang perlu menggunakan buku stok,seperti Sains Pendidikan Jasmani ,Sukan,Pusat Sumber Sekolah ,Pengurusan Bilik Komputer,Kauseling dan lain-lain,maka Guru Kanan bagi mata pelajaran atau Ketua bahagian tersebut hendaklah memastikan bahawa maklumat-maklumat di dalam buku tersebut adalah tepat,lengkap dan kemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan.

39.0 BUKU REKOD PENGAMBILAN BARANG DARI SETOR / PEJABAT

39.1 Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan ,guru-guru dikehendaki mencatatkan di dalam ‘Buku Rekod Pengambilan Barang’ yang terletak di bilik setor,apabila mereka memerlukan alatan seperti kertas ,stencil dan lain-lain.
39.2 Apabila mengambil barang dari pejabat/setor ,guru-guru diharapkan mengambil mengikut kadar yang diperlukan sahaja demi untuk mengelakkan pembaziran.
39.3 Segala barang/alatan yang dipinjam dari pejabat, guru hendaklah mengembalikannya semula selepas digunakan

40.0 LENCANA NAMA

Semua guru dikehendaki sentiasa memakai lencana nama mereka pada hari persekolahan,dihari-hari keramaian di sekolah dan juga semasa menghadiri sebarang majlis rasmi di luar sekolah.

41.0 KEBERSIHAN ATAU KESELAMATAN DAN PERHIASAN BILIK DARJAH

Guru-guru Tingkatan hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam tingkatan di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan keselamatan bilik darjah masing-masing.walaubagaimanapun guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid-murid.

42.0 PENJIMATAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI SEKOLAH

42.1 Semua guru diminta memastikan semua kelas hanya memasang kipas selepas pukul 10.00 pagi.
42.2 Semua guru diminta hanya memasang ‘on’ tiga(3) daripada enam(6) penghawa dingin di bilik guru.

43.0 AMARAN MEROKOK DALAM KAWASAN SEKOLAH

43.1 Semua guru dan kakitangan diingatkan bahawa kawasan sekolah adalah kawasan
larangan merokok.