Sejarah Sekolah

LATAR BELAKANG SEJARAH SEKOLAH


SJK(C ) JERLUN Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1933. Bilangan murid pada masa itu hanya seramai 12 orang sahaja. Murid-murid padamasa itu belajar di sebuah rumah yang disewa daripada pendudukkampung itu. Selepas itu, bilangan murid semakin bertambah. Olehitu, lembaga pengurus sekolah mengutip derma dari orang ramai supaya dapat membina bangunan sekolah sendiri. Semasa peperangan dunia kedua, sekolah ini terpaksa berhenti.Selepaspeperangan ,barulah sekolah ini bermula lagi pelajarannya danpada masa itu, bangunan sekolah masih sangat kecil dan kurang lengkap. Perkembangan yang berikutnya pada tahun 1951. Tempat initelah menjadi sebuah kampung baru. Sekolah ini bercampur dengandua buah sekolah rendah yang berhampiran dengannya dan tertubuhlah sebuah sekolah yang lebih besar. Oleh kerana pendudukdi kampung itu memusat di satu tempat, bilangan murid pun bertambah dengan cepat sehingga meningkat seramai 300 orang. Pada tahun 1981, sekolah ini melangkah ke satu lampiran yang baru.Oleh kerana bangunan sekolah ini terlalu buruk, terdapatlah pihak kerajaan
membina bangunan baru gantian untuk sekolah ini. Pembinaan semula ini dilengkapkan dengan perkakas -perkakasdan alat-alat yang baru. Bangunan Baru sekolah yang bertingkat tiga ini dirasmikan oleh Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Tan Tiong Hongpada 7hb Oktober 1982. Pada akhir tahun 1984, kantin sekolah diubahsuaikan menjadi3 buah bilik darjah dan bangunan lama yang terbiar kosong itudiubahsuai menjadi kantin, mulai dari 1985, semua kelas diadakandalam sesi pagi sahaja. Jumlah kelasnya 12 buah .Bilangan murid340 orang(1987).Kini bilangan murid hanya seramai 137orang kerana ramai penduduk telah berhijrah ke bandar untuk mencarirezeki.