Tugas Guru Kelas

1. Pengurusan Dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan :
Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun meja dan membuang sampah.
Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu)


1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :

Jadual Waktu

Jadual Tugas

Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja gru serta papan hitam diinventorikan.

Moto Kelas

Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan tadahan sampah.


1.3 Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat.


1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.

1.5 Membimbing AJK Kelas yang dilantik menjalankan tugas.


2. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Kad 001

2.1 Memastikan setiap muridk mempunyai Kad Kemajuan Murid.

2.2 Mengisikan markah dan membuat Laporan Kemajuan Akademik, Kokurikulum Dan Fizikal dalam Kad Kemajuan Murid bagi setiap semester / penggal.


2.3 Menyampaikan kad Kemajuan Murid kepada ibubapa / penjaga.


2.4 Menyediakan dan mengisi:

“Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan sekolah.

Kad 001.

Sijil Berhenti dan Sijil Tamat Persekolahan bila diperlukan.


3. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin

3.1 Memberi galakan, motivasi dan meransangkan minat murid terhadap akademik.
3.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberi hadiah (jika perlu)
3.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
3.4 Melaporkan kepada Guru Bimbingan jika terdapat kemerosotan pelajaran dikalangan murid.
3.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi masalah kesihatan.


4. Kutipan Yuran dan Derma

4.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan murid membayar semua yuran sekaligus.

4.2 Mengutip derma PIBG.

4.3 Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.

4.4 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan buku kutipan yuran kepada Pembantu
Tadbir Kewangan.

4.5 Menyerah wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG


5. Pendaftran Murid Baru

5.1 Menerima kemasukan murid baru daripada Penyelaras Aliran.

5.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murdi baru dari Buku Kemasukan Murid.

5.3 Membantu penerimaan Borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah terdahulu dan memastikan murid ini mendapat buku teks.

5.4 Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.


5.5 menentukan menerima Kad Kemajuan Belajar dan Kad 001 dari sekolah lama.