PERATURAN-PERATURAN GURU

PERATURAN-PERATURAN GURU
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia
Peraturan-peraturan dan Sekolah
Adalah saya diarah untuk merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia (1969 – 1978), peraturan-peraturan dan bidang tugas guru-guru dan kakitangan untuk tindakan tuan/puan dengan kadar yang segera. Ini adalah semata-mata untuk melicinkan lagi pentadbiran sekolah serta bagi menjaga kepentingan serta kebajikan guru-guru dan kakitangan sekolah ini dalam menjalankan tugas harian mereka.

2. Berikut ialah pekeliling-pekeliling yang dimaksudkan:
2.1 Pekeliling ‘Profesional’ KP. Bil 13/69 (KP : 8543/(48):
‘Banyak aduan telah diterima mengenai pakaian guru-guru dan guru-guru latihan ……..’
2.1.1 “Mini skirt, pakaian-pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian belakang, seluar-seluar pendek, seluar-seluar jean yang ketat dan pakaian-pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidak akan diterima.”
2.1.2 “Perhiasan muka (make up) yang terlampau adalah tidak baik.”
2.1.3 “Baju-baju Hawaii yang beragam warna adalah tidak sesuai.”
2.1.4 “Rambut panjang yang tidak terurus - rujuk Pekeliling Ikhtisas
No. 2/1976 Lampiran A.”

2.2 Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977
“Adalah dimaklumkan bahawa guru-guru dan kakitangan adalah tertakluk kepada perenggan 15, Bab A dan perenggan 50 (a). Bab C, Perintah-perintah Am.”
2.2.1 Perintah-perintah Am – Bab A
‘15. Seseorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan tugas-tugas jawatannya dan lain-lain tugas yang sesuai yang mungkin diarah untuk menjalankan dari semasa ke semasa.

2.2.2 Perintah-perintah Am – Bab C
‘50(a). Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun.

‘Sukacita kiranya tuan dapat memaklumkan kepada semua Guru Besar mengenai perkara ini.”


3. Waktu Persekolahan

7.15 pagi – 01.10 petang

4. Tugas
4.1 Setiap guru mestilah mematuhi ‘Peraturan Am’ Kerajaan. Pekeliling Jabatan/Kementerian Pendidikan dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan arahan pihak berkuasa sekolah.
4.2 Setiap guru dikehendaki melengkapkan borang butir-butir diri dalam keadaan kemaskini untuk disimpan di pejabat sekolah.
4.3 Dilarang dalam masa menjalankan tugas, menjalankan pergerakan mencari kepentingan diri guru.
4.4 Bertugas dengan penuh dedikasi dan berdisiplin dengan mengenepikan kepentingan diri .
4.5 Bertanggungjawab terhadap profesion perguruan.

5. Kehadiran
5.1 Masa persekolahan pada hari persekolahan guru-guru mestilah berada di dalam kawasan sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesuatu sidang bermula.
5.2 Kehadiran mestilah dibuktikan dengan mencatat nama dan tandatangan pada buku kehadiran.
5.3 Ketidakhadiran hendaklah diberitahu secara bertulis ataupu lisan, secara telefon
atau melalui rakan, kepada pihak berkuasa sekolah.
5.4 Surat cuti doktor mestilah disampaikan sendiri kepada pihak berkuasa sekolah
cuti sakit dari doktor persendirian tidak boleh lebih daripada 2 hari sekali ambil
kiranya lebih mestilah diakui oleh doktor kerajaan.
5.5 Guru yang hendak meninggalkan kawasan sekolah semasa bertugas mestilah
mengisi borang keluar dengan kebenaran (KDK) mendapat kebenaran Pihak
Berkuasa Sekolah dan catat dalam buku meninggalkan sekolah.
5.6 Waktu mula dan akhir bertugas hendaklah mengikut waktu sidang bukan
mengikut waktu mata pelajaran yang diajar dan catat dalam buku harian sebelum balik.
5.7 Kehadiran bagi setiap aktiviti hendaklah menepati masa.
5.8 Kehadiran pada mesyuarat guru/ program sekolah /mesyuarat PIBG/ taklimat / kontek time /kursus dalam perkhidmatan adalah wajib.

6. Peribadi
6.1 Semasa menjalankan tugas hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan dapat menunjukkan contoh yang baik.
6.2 Tetamu/kenalan luar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah semasa mengajar. Tetamu yang hendak berjumpa hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sekolah.
6.3 Bangunan/bilik darjah/tempat permainan yang hendak digunakan untuk aktiviti luar daripada gerakerja sekolah ini sendiri, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sekolah.
6.4 Tidak dibenarkan guru-guru bergiat cergas dalam badan parti politik tanpa mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri melalui Guru Besar.
6.5 Guru-guru yang hendak mengambil sebarang kursus luar/apa juga bentuk peperiksaan atau mengajar luar hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pelajaran Negeri melalui Guru Besar.
6.6 Tidak dibenarkan sebarang guru memasuki lebih daripada satu syarikat kerjasama. Potongan pinjamannya tidak lebih dari separuh daripada jumlah gaji bulanan.
6.7 Tidak dibenarkan menggunakan badan swasta, kelas atau persatuan di bawah naungan sekolah untuk faedah badan-badan atau pertubuhan sekolah.
6.8 Guru-guru dilarang melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah, perjudian atau kumpulan haram.

7. Disiplin dan Peraturan Sekolah
7.1 Setiap guru berkewajipan memerhati setiap murid mematuhi peraturan sekolah dan berdisiplin.
7.2 Setiap perhimpunan sekolah dan mesyuarat guru dikehendaki semua guru sesuatu sidang hadir.
7.3 Setiap aktiviti sekolah, pertandingan atau perlawanan yang melibatkan murid mestilah diberitahu kepada pihak berkuasa sekolah. Murid yang menyertai pertandingan mestilah ada surat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga.

8. Surat-mesyuarat
8.1 Tidak dibenarkan menulis surat perjawatan atau menghubungi mana-mana Jabatan/Kementerian/Kedutaan Asing tanpa melalui Guru Besar.
8.2 Dilarang membuat kenyataan akhbar berhubung dengan sekolah dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran Negeri melalui Guru Besar.
8.3 Dilarang menggunakan nama sekolah atau lambang sekolah tanpa kebenaran pihak berkuasa sekolah.
8.4 Tidak dibenarkan menggunakan kertas ‘letter-head’ sekolah, sampul surat atau cop sekolah untuk urusan peribadi.
8.5 Sesuatu salinan surat/dokumen/sijil yang hendaklah disahkan, mestilah disertakan semua surat/dokumen/sijil asal.

9. Menjalankan Tugas
9.1 Setiap kali memasuki kelas mestilah menepati masa mengajar dan tidak membawa akhbar dan majalah kecuali untuk kegunaan mengajar.
9.2 Semasa mengajar tidak dibenarkan ke pejabat kecuali dipanggil oleh pihak berkuasa sekolah/ada kecemasan.
9.3 Semasa berada di dalam bilik darjah tidak dibenarkan memeriksa buku, membuat kerja luar,mengisi borang, mengadap komputer urusan peribadi atau membuat panggilan telefon.
9.4 Sebelum meninggalkan darjah waktu terakhir sesuatu waktu persekolahan, pastikan segala-galanya berkeadaan baik dan terkawal. Semua alat eletrik dipadamkan. Guru adalah orang terakhir meninggalkan bilik darjah.
9.5 Semasa rehat peribadi, tidak dibenarkan masuk ke kelas yang sedang diajar oleh guru lain.
9.6 Semasa rehat (free period) guru mestilah menyiapkan kerja tugas sendiri seperti memeriksa buku latihan murid, membuat persediaan dan seumpamanya.
9.7 Elakkan daripada duduk ketika mengajar. Waktu murid menjalankan kerja bertulis, guru hendaklah berjalan di keliling kelas untuk mengawas dan memberi bantuan secara individu.
9.8 Masa ganti (relief). Apabila seorang guru dijadualkan mengambil tempat seorang guru lain, guru berkenaan hendaklah melaporkan diri di dalam kelas dan memberi pelajaran yang berfaedah.
9.9 Nota/ lembaran verja diberi secara fotostat adalah lebih baik daripada menyalin daripada papan hitam. Dengan ini, guru ada lebih masa untuk memberi keterangan dan perbincangan dengan murid serta menjalankan aktiviti yang lebih bermakna kepada pelajar. Gunakan waktu P & P dengan manfaat yang sepenuhnya tanpa membazir waktu pembelajaran pelajar.
9.10 Semua pemeriksaan buku rampaian dan kertas peperiksaan janganlah dibuat di dalam kelas dan membuat pemeriksaan lebih teliti jangan sambil lewa sahaja.
9.11 Membaca dari buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang baik. Guru janganlah membiasakan diri membaca dari buku teks ketika mengajar kecuali mata pelajaran tertentu.
9.12 Guru yang mengajar di sesuatu kelas pada waktu akhir bertanggungjawab menjaga murid-murid supaya balik dengan teratur.
9.13 ‘Corporal Punishment’ (Denda Berat) tidak dibenarkan.
9.14 Sesuatu tindakan yang hendak diambil, perlu diambil dengan segera, ‘Jangan Tangguhkan Kerja.’
10. Hubungan Dengan Murid
10.1 Tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid dalam apa bentuk sekalipun selain daripada yuran dan wang peperiksaan tanpa kebenaran Guru Besar.
10.2 Setiap wang diterima daripada murid hendaklah dikeluarkan resit dengan segera.
10.3 Dilarang membenarkan murid keluar kawasan sekolah melawat atau berkunjung tanpa pengetahuan pihak berkuasa sekolah dan kebenaran bertulis daripada penjaga murid.
10.4 Dilarang menggunakan tenaga murid untuk urusan peribadi.
10.5 Tidak dibenarkan guru membuat sebarang perhubungan secara peribadi yang terlalu rapat atau yang menimbulkan prasangka yang tidak diingini.
10.6 Guru lelaki tidak boleh sentuh murid perempuan.

11. Alatan Sekolah
11.,1 Elakkan alatan sekolah/harta benda sekolah digunakan untuk kegunaan peribadi.
11.2 Harta benda dan alatan sekolah yang hendak dibawa pulang mestilah mendapat kebenaran pihak berkuasa sekolah.
11.3 Guru tidak dibenarkan memesan dan membeli alat sekolah atau alatan pelajaran dan mana-mana badan perniagaan atau membuat perhubungan dengan jurujual tanpa kebenaran pihak berkuasa sekolah.
11.4 Jagalah alatan sekolah seperti menjaga barang kepunyaan sendiri.
11.5 Pembaziran hendaklah dielakkan.
11.6 Seliaan guru diperlukan sekiranya murid diarah oleh guru untuk menyimpan peralatan sekolah. Pastikan bilangan yang cukup telah disimpan dengan teratur.

12. Kerja Luar
12.1 Menghadiri mesyuarat berhubungan dengan sekolah atau ditugaskan mengawas murid mewakili sekolah adalah sebahagian tugas yang mesti dipertanggungjawabkan.
12.2 Semasa percutian setiap guru boleh dipanggil menjalankan tugas sekolah separuh dari jumlah hari percutian.
12.3 Mengawasi peperiksaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran merupakan tugas yang wajib ditunaikan.

13. Peperiksaan
13.1 Soalan-soalan peperiksaan mestilah bertaip komputer, gambar-gambar hendaklah diimbas (scan) tidak ditulis/lukis dengan tangan.
13.2 Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyediakan soalan, menguntukkan kertas jawapan dan kertas soalan untuk kelas diajar.
13.3 Semasa peperiksaan berjalan tidak dibenarkan guru meninggalkan bilik darjah selagi belum tiba penggantinya.
13.4 Soalan-soalan mesti dianggap sulit dan disimpan di bilik peperiksaan.
13.5 Ujian bulanan hendaklah dijalankan dan markahnya direkodkan.
13.6 Markah yang diterima oleh murid bagi ujian bulanan dan peperiksaan hendaklah diberi berdasarkan betul atau salah jawapan murid. Jangan sesekali memberi markah ikhsan kepada murid semata-mata untuk meluluskan murid tersebut.

14. Rekod-rekod Aktiviti/Tugas-tugas Guru
14.1 Semua rekod hendaklah dikemaskinikan bagi tujuan Laporan Nilaian Kerja Tahunan.

15. Hal-hal Lain
15.1 Guru-guru/kakitangan tidak boleh meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan/waktu pejabat/masa bertugas kecuali ada sesuatu hal dan dengan kebenaran dan mengisi borang yang terdapat di pejabat.
16.1 Kes guru/murid/kakitangan sakit hendaklah dilaporkan kepada Guru Bertugas dengan serta merta untuk perhatian dan tindakan segera.
16.2 Semua kegiatan kumpulan/persatuan/pakaian seragam/lain-lain kegiatan mestilah dijalankan di bawah kawalan dan tanggungjawab guru. Segala kegiatan hendaklah diberitahu kepada pihak sekolah terlebih dahulu.
16.3 Guru-guru tidak dibenarkan berada di pejabat kecuali dengan urusan rasmi.
16.4 Penggunaan telefon hanya digunakan untuk urusan rasmi dan kecemasan. Semua panggilan peribadi dikenakan bayaran. Sila bayar kepada pembantu tadbir.
16.5 Semua bayaran (yuran, peperiksaan dll) hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Akademik/ketua pembantu tadbir.

Ciri-ciri Pegawai Berprestasi Rendah (Non Performer)
1- Tidak dapat menyumbang ke arah pencapaian objektif sekolah
2- Gagal mencapai SKT yang ditetapkan, kurang dari 50%. Skel 50 % markah
antara 3 – 4 (tahap rendah dan tidak memuaskan)
a. Penilaian
b. Kegiatan-kegiatan dan sumbangan
c. Penghasilan kerja
d. Pengetahuan/kendiri
e. Kualiti hubungan dan kerjasama
3- Sikap kurang bersungguh-sungguh
4- Kurang berusaha
5- Pengetahuan/kemahiran rendah
6- Masalah peribadi/hubungan interpersonal dengan Ketua Jabatan, rakan
sejawat dan kakitangan bawahan.