Menjalankan Tugas Guru
1.1 Setiap kali memasuki kelas mestilah menepati masa mengajar dan tidak membawa akhbar dan majalah kecuali untuk kegunaan mengajar.
1.2 Semasa mengajar tidak dibenarkan ke pejabat kecuali dipanggil oleh pihak berkuasa sekolah/ada kecemasan.
1.3 Semasa berada di dalam bilik darjah tidak dibenarkan memeriksa buku, membuat kerja luar,mengisi borang, mengadap komputer urusan peribadi atau membuat panggilan telefon.
1.4 Sebelum meninggalkan darjah waktu terakhir sesuatu waktu persekolahan, pastikan segala-galanya berkeadaan baik dan terkawal. Semua alat eletrik dipadamkan. Guru adalah orang terakhir meninggalkan bilik darjah.
1.5 Semasa rehat peribadi, tidak dibenarkan masuk ke kelas yang sedang diajar oleh guru lain.
1.6 Semasa rehat (free period) guru mestilah menyiapkan kerja tugas sendiri seperti memeriksa buku latihan murid, membuat persediaan dan seumpamanya.
1.7 Elakkan daripada duduk ketika mengajar. Waktu murid menjalankan kerja bertulis, guru hendaklah berjalan di keliling kelas untuk mengawas dan memberi bantuan secara individu.
1.8 Masa ganti (relief). Apabila seorang guru dijadualkan mengambil tempat seorang guru lain, guru berkenaan hendaklah melaporkan diri di dalam kelas dan memberi pelajaran yang berfaedah.
1.9 Nota/ lembaran verja diberi secara fotostat adalah lebih baik daripada menyalin daripada papan hitam. Dengan ini, guru ada lebih masa untuk memberi keterangan dan perbincangan dengan murid serta menjalankan aktiviti yang lebih bermakna kepada pelajar. Gunakan waktu P & P dengan manfaat yang sepenuhnya tanpa membazir waktu pembelajaran pelajar.
1.10 Semua pemeriksaan buku rampaian dan kertas peperiksaan janganlah dibuat di dalam kelas dan membuat pemeriksaan lebih teliti jangan sambil lewa sahaja.
1.11 Membaca dari buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang baik. Guru janganlah membiasakan diri membaca dari buku teks ketika mengajar kecuali mata pelajaran tertentu.
1.12 Guru yang mengajar di sesuatu kelas pada waktu akhir bertanggungjawab menjaga murid-murid supaya balik dengan teratur.
1.13 ‘Corporal Punishment’ (Denda Berat) tidak dibenarkan.
1.14 Sesuatu tindakan yang hendak diambil, perlu diambil dengan segera, ‘Jangan Tangguhkan Kerja.’