Apa yang perlu buat pada masa cuti sebelum pembukaan sekolah 2010.
1. Duti/ kelas tambahan - ikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Sila tandatangan kehadiran pada buku catatan kehadiran. Perubahan hanya boleh di buat suka sama suka antara guru pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Guru diminta jangan ubah tarikh lain selain tarikh seperti jadual yang ditetapkan iaitu 23/11 hingga 11/12 dan* 30/12 atau * 31/12 ( Perubahan tanpa ikut jadual akan menjejas susunan jadual duti GB/PK dan rancangan cuti pelajar bersama keluarga). Sila maklumkan kepada Pn. Fong jika ada tukar suka sama suka pada tarikh yang dijadualkan. Pastikan selepas semakan latihan yang telah dibuat oleh pelajar, serahlah kepada Pn. Fong untuk dibukukan. Kerjasama guru terhadap perkara ini adalah amat dihargai dan disanjung tinggi.
2. Meneliti Misi / Visi / Matlamat sekolah / Peranan Sebagai Seorang Guru dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk pencapaian hasrat yang ditetapkan.
3.Program peningkatan 5 mata pelajaran teras dari tahun 1 hingga tahun 6. ( BM/BI/BC/MT/SN) 2010
4.Perancangan strategik Panitia 2010 ( Rujuk Buku Panduan STPM3 yang telah diedarkan 3 bulan lalu.)
5.Perancangan Strategik Kurikulum/ Hem / Kokurikulum / Pentadbiran / Perhubungan dan komuniti 2010
6.Kemaskini fail-fail mengikut setiap bidang 2010.
7.Fail meja 2010
8.Program 2T2T setiap tahap 2010
9.Penyediaan Rancangan Tahunan / Harian 2010
10.Kertas Kerja Penetapan latihan minima mingguan/ bulanan untuk setiap mata pelajaran.
11.Senarai tugas mengikut bidang masing-masing.
12. Keceriaan bilik darjah / bahan-bahan pameran sudut mata pelajaran.
13.Lembaran-lembaran kerja untuk fotostat bagi mata pelajaran yang akan diajar 2010.
14.Mengkaji secara terperincian Huraian Sukatan Pelajaran berkenaan dengan mata pelajaran yang akan diajar pada 2010.
15.Penyediaan ABM untuk M. Pel yang akan diajar pada 2010.
16.Mendapatkan maklumat dan bahan-bahan untuk persiapan 2010.
17.Membuat refleksi kendiri untuk peningkatan dan kecemerlangan profesion perguruan.
18.Menyemak dan menyediakan kelengkapan bilik darjah 2010.
19.Menyemak kecukupan kelengkapan/ bahan-bahan rujukan 2010.
20.Mesyuarat Guru/Persiapan 2010 :
Pada 29.12.2009 - Kehadiran Wajib. 8.00-1.00
21. Sila layari http://jerlun09.blogspot.com dan http://kkangsar.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
22. Antara maklumat/tajuk utama íalah : Senarai tugas, jadual waktu, menjalankan tugas, Berdasarkan kepada SPI Bil. 4 Tahun 1986 , GURU BERTUGAS HARIAN, 16 perkara yang tidak sepatutnya dalam P & P sekolah, peraturan-peraturan guru, tujuan panitia, mesyuarat panitia 2010, agenda mesyuarat panitia, aspek-aspek yang perlu dibincang dalam mesyuarat panitia, pemberian latihan & semakan guru dan lain-lain lagi dari semasa ke semasa.
23. Claim SBT/ resit-resit/ Jadual kedatangan Pelajar/bersedia untuk panggilan ke kursus/ persiapan kursus pengurusan stok.
25. Keceriaan Bilik Gerakan
24. Selamat bercuti! Salam sejahtera 1 Malaysia.