SATU LAGI FORMAT KERTAS KERJA

1.Pengenalan/ Pendahuluan
• Latarbelakang aktiviti/ program
• Jika program melibatkan kerjasama pihak luar, maklumkan kepentingan dan beri justifikasi


2.Objektif
• Sekurang-kurangnya empat (4) objektif yang mempunyai maksud yang jelas dan huraian yang baik.
• Perlu dihubungkaitkan dengan matlamat sesuatu program jika bekerjasama dengan pihak luar.


3.Tarikh Dan Hari
• Hari/ Nama Bulan/ Tahun.


4.Tempat
Nyatakan dengan terperinci seperti nama tempat, mukim, daerah, negeri.
• Contoh : Kampung Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.


5.Anjuran
• Nama penganjur (persatuan/ kelab/ majlis dan sebagainya)
• Kerjasama (namakan badan-badan/ agensi-agensi terlibat). Terangkan kenapa memilih agensi-agensi tersebut serta apa peranannya


6.Tetamu Kehormat/ Perasmi
• Nyatakan nama dan jawatan.


7.Penceramah
• Sila berikan maklumat lengkap penceramah seperti berikut:
 • Nama
 • No. Kad Pengenalan
 • Alamat/ No. Tel
 • Pekerjaan


8.Penyertaan dan Maklumat Peserta


9.Atur Acara Program
Disediakan dalam format jadual.


10.Jawatankuasa Pelaksana


11.Anggaran Perbelanjaan dan Pendapatan
Disediakan dalam format jadual.


12.Syor
• Sila nyatakan syor dengan jelas, ringkas dan padat.


13.PENUTUP