KECEMERLANGAN PANITIA

KECEMERLANGAN PANITIA

 Manusia adalah komponen utama penggerak kepada fungsi panitia mata pelajaran
 Ahli Panitia yang cemerlang sahajalah yang mampu membawa kecemerlangan panitia
 Kecemerlangan panitia dapat memacu sekolah cemerlang dalam aspek kurikulum atau akademik jika dapat bekerja secara bersepadu


• Kecemerlangan selalunya dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti
• Oleh itu, budaya kerja sesebuah panitia hendaklah komited kepada usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam mata pelajaran masing-masing dalam peperiksaan awam



• Usaha untuk mencapai tahap cemerlang dari sudut kualiti tidak ada penamatnya kerana ia merupakan satu usaha yang berterusan

• Apabila kita mencapai satu tahap yang cemerlang, terdapat tahap yang lebih tinggi yang perlu dicapai.


Kecemerlangan sesebuah panitia memerlukan:


• Kesedaran yang jelas mengenai misi / visi/ matlamat/objektif sekolah
• Penghayatan Kepimpinan Instruksional
• Kejelasan mengenai peranan diri dan peranan orang lain
• Perancangan Strategik Panitia
• Kerjasama berpasukan (teamwork)
• Kebolehan dan kemahiran setiap anggota
• Pengurusan Panitia Berkualiti
• Komunikasi yang jelas dan terbuka
• Sikap positif – Saya boleh……