DUTI GB DAN PK-PK MASA CUTI






WAKTU DUTI:

8.00AM - 5.00PM

GURU YANG BERDUTI ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP PENGURUSAN SEKOLAH PADA HARI TERSEBUT.








Hal-hal yang perlu diambil perhatian oleh pasukan pentadbir sekolah .

Sebagai pemimpin yang berkesan , merupakan pengurus dan pentadbir dibarisan hadapan.
Perlu faham peranan sebagai pentadbir, pengurusan sekolah adalah hal dan tanggungjawab bersama dan bukan hal
perseorangan.
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut bidang senarai tugas ( rujuk senarai tugas ) masing-masing.
Menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaan Guru Besar, dan sentiasa prihatin terhadap pengurusan sekolah.
Perlu faham/jelas watak dan peranan yang dimainkan pada sesuatu waktu - peranan sebagai pemimpin
atau sebagai rakan sejawat
Sebelum membuat keputusan atas permintaan/permohonan kakitangan perlu bezakan hal pengurusan rasmi
dan hal pengurusan peribadi, utamakan kepentingan perkhidmatan walaupun kadang-kadang perlu ada budibicara.
Kepentingan perkhidmatan diutamakan, bersikap jujur tanpa prejudis.
Mengurus hal pentadbiran sekolah secara berkesan.
Meronda kawasan sekolah pada masa-masa tertentu. (1 kali pada hari persekolahan, 2 hingga 3 kali sehari
pada waktu cuti persekolahan)
Menjawab panggilan telefon dengan segera/ SEGERA.
Pengurusan rekod surat menyurat / rekod stok / rekod cuti / rekod perkhidmatan / rekod penerimaan yang berkesan.
Memastikan arahan PPD/JPN/KPM dipatuhi dan tindakan diambil dengan segera.
Melakukan sesuatu tugas berdasarkan pekeliling dan perintah am.
Memastikan kakitangan melaksanakan tugas mengikut jadual.
Memastikan kakitangan hadir tepat pada masa dan tidak balik awal semasa bertugas.
Menghubungi guru yang berkenaan untuk menghadiri kursus dan laporkan juga kepada GB.
Membuat semakan Guru/kakitangan yang hadir bertugas, mencatat rekod kehadiran guru/kakitangan,
Memanggil guru/kakitangan hadir bertugas sekiranya ada yang tidak hadir tanpa pengetahuan pihak sekolah.
Sebagai wakil Guru Besar untuk menghadiri mesyuarat.
Membaca surat penerimaan dan buat tindakan yang sewajarnya, sekiranya hal yang penting yang tidak dapat
diselesaikan, boleh rujuk kepada Guru Besar untuk mendapat nasihat.
Menghantar dokumen dan bahan kepada pihak yang tertentu mengikut tarikh yang ditetapkan.
Pastikan semua surat-menyurat telah diambil tindakan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Membantu pihak sekolah mengesan tindakan yang belum diambil mengikut tarikh yang ditetap dan seterusnya
mengambil tindakan yang sewajarnya.
Membantu GB menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Menyiapkan Fail-fail yang diperlukan untuk tahun depan.
Menyediakan buku panduan tahun depan.
Menyediakan jadual-jadual yang diperlukan pada tahun depan.
Menyemak stok/ senarai stok/akaun / bahan-bahan sekolah/pelupusan/ penyelenggaraan sekolah/pengurusan kewangan.
Menyediakan perancangan strategik / pelan tindakan / pelan operasi induk tahun depan.
Mengurus hal pentadbiran bidang-bidang masing-masing/ pengurusan komuniti.
Pemohonan cuti kakitangan perlu merujuk kepada GB dan elakkan lulus serta merta.
Kebenaran keluar / meninggalkan sekolah perlu dikawal dan tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu.
Semakan fail-fail, laporan-laporan, kertas kerja yang disediakan oleh guru-guru/ kakitangan.
Mengarahkan kakitangan melakukan tugas khas semasa demi kepentingan perkhidmatan.
Membantu pihak sekolah dalam hal pengeposan /penghantaran dokumen penting dilaksanakan dengan lancar .
Menjalankan tugas pemantauan yang sepatutnya mengikut bidang tugas .
Pecerapan bilik darjah, pemeriksaan buku latihan pelalajar dan semakan buku guru, penyediaan SKPM/ dblat/Emis.
Menyemak keperluan sesi akhir tahun dan sesi pembukaan sekolah.
Penyediaan keperluan penutupan sesi akhir tahun dan sesi buka sekolah.

Membantu GB dalam penilaian prestasi - P & P merupakan sumbangan markah yang utama, tetapi perlu juga
lihat sumbangan semua bidang dan bukan 1 perkara sahaja, elakakan kes tahun lepas menjejas markah tahun
semasa, komitmen, kerjasama, kualiti kerja, kuantiti kerja, semakan latihan murid, sikap mengutamakan kepentingan
perkhidmatan, penyediaan bahan P & P, teguran kepada pelajar, tugas sebagai guru disiplin, aduan ibu bapa yang berasas ,
pencapaian pelajar, sifat hati terbuka apabila sesuatu tugas diberikan, kesungguhan untuk menyelesaikan sesuatu tugas,
kokurikulum yang berkesan, ketepatan masa menyiapkan sesuatu tugas, program-program peningkatan P & P, sumbangan
pendapat dan idea yang membina, ketepatan masuk kelas, hal keselamatan pelajar, penyediaan fail-fail yang kemas,kertas
kerja program yang sempurna, target tercapai atau tidak, ada kemajuan dan peningkatan pada pelajar, program pemulihan
dalam bilik darjah, mengajar mengikut sukatan pelajaran, refleksi dan tindakan susulan yang diambil oleh guru/kakitangan,
tatacara yang berkesan, hasil kerja kemas dan sistematik , kebersihan bilik darjah, keceriaan bilik darjah, pelaksanaan tugas
khas yang berkesan dan cemerlang. Hak pelajar diutamakan, membina insan yang seimbang JERI dan layanan yang sama
serta adil terhadap semua pelajar, Mematuhi surat pekeliling/ arahan ketua jabatan dan sebagainya.